SIRI THERAPEUTIC: SET B SELF AWARENESS

  • $90.00
    Unit price per 
  • Save $10


Ceritera Planet ABC

Planet ABC mengalami bencana alam. Penduduk Planet telah kehilangan tempat tinggal. Daerah dan perkampungan binasa. Konflik yang berlaku telah menyatukan mereka. 

Buku ini khusus untuk membantu anak-anak memahami pentingnya mengenali kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat. Menghormati adalah satu sifat yang penting dalam perpaduan. Bekerjasama juga adalah penting. Tetapi bagaimana untuk bekerjasama jika mereka tidak mengenali antara satu sama lain? Konflik yang timbul secara tidak langsung membantu. 

Borhan Sedar

Borhan terlalu obsess dengan telefon pintar. Pada suatu hari, sesuatu berlaku dan Borhan mula sedar.

Buku ini khusus untuk membantu anak-anak memahami antara akibat terlalu obses dengan telefon pintar. 

Iwan Mengemas

Mainan Iwan sentiasa bersepah. Iwan tidak suka mengemas sehinggalah pada suatu hari, sesuatu berlaku.

Buku ini khusus untuk membantu anak-anak memahami pentingnya mengemas dan apakah kemungkinan yang boleh berlaku jika tidak mengemas. 

Mila Bersuara

Sifat Mila yang pemalu dan pendiam menyusahkan dirinya sendiri. Konflik yang berlaku akhirnya membuatkan Mila bersuara.

Buku ini khusus untuk membantu anak-anak memahami pentingnya bersuara dalam menegakkan hak diri sendiri. Perlunya anak mengetahui bahawa tidak salah untuk bersuara. Tetapi bagaimana caranya itu? Bagaimana menghadapi situasi ini tanpa menyakitkan hati sesiapa? 

Johan Berhijrah

Johan punya sebuah pokok kesayangan. Konflik berlaku bila Johan terpaksa meninggalkan pokok kesayangannya. 

Buku ini khusus untuk membantu anak-anak menghadapi konflik yang membabitkan sesuatu yang disayangi. Membantu anak-anak melihat bahawa keputusan untuk meninggalkan sesuatu yang disayangi, bukanlah sesuatu yang sukar.